Wednesday, 22 February 2017

Tudung Express Travel Awning Scuba by QBCREATION

Tudung Express Travel Awning Scuba by QBCREATION

Warna :
- Dusty Pink
- Dark Grey
- Merah Hati
- Plum
- Dark Green
- Dark Brown
- Lime

Bentuk tudung terletak cantik di bahu dan mempunyai paras labuh yang seimbang depan dan belakang. Untuk bahagian body, kami gunakan material mosscrepe. Ianya sangat selesa dan mudah di bawa ke mana- mana sebab tak perlu gosok.

Aksesori tambahan ialah kami letak kristal di bahagian depan untuk menambahkan seri pada si pemakai.

Saiz & Ukuran
===========
Saiz XS
Labuh dari dagu : 13 1/2 inci
Labuh belakang : 20 inci
Tepi bahu : 14 inci
Lebar muka : 9 1/4 inci

Saiz S
Labuh dari dagu : 15 1/2 inci
Labuh belakang : 23 inci
Tepi bahu : 15 inci
Lebar muka : 9 1/2 inci

Saiz M
Labuh dari dagu : 16 1/2 inci
Labuh belakang : 25 inci
Tepi bahu : 16 inci
Lebar muka : 9 3/8 inci

Harga
=====
XS : RM25.00 (exclude postage)
S : RM28.00 (exclude postage)
M : RM30.00 (exclude postage)

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan


Thursday, 16 February 2017

Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" -FREE-


Free tutorial by tailor madamiena

Berita baik untuk NEWBIES!!
saya nak bagi Panduan Menjahit "Tudung Express STEP BY STEP" 
-FREE-

Ada lagi 12 keping yang belum saya upload. Untuk pengetahuan, tutorial ini diberi secara percuma kepada client yang membeli pola tudung express cutting madamiena. Inshaallah esok, saya akan bagi TUTORIAL INI SECARA PERCUMA tanpa membeli pola tau! Tak ada pola tak apa, awak buat pola sendiri dengan menggunakan tudung yang sediaada.

Sila tinggalkan nombor WhatsApp ATAU email address awak di ruangan komen. Terima kasih
atau 017-3959783 ina untuk sebarang pertanyaan

Wednesday, 1 February 2017

SEDEKAH walau apa pun situasi kita

Selamat pagi!!

Selamat menjalankan tugas masing- masing.

Pagi ni saya baca sedikit artikel tentang sedekah orang ada ada dengan orang yang tak berapa nak ada. Orang kaya lebih mudah bersedekah. Che'ta juga pernah kata..kalau kita banyak duit, kita boleh sedekah lagi banyak..kalau dulu sedekah doa je yang mampu..lebih kurang gitu la..ambik positif dgn apa che'ta cakap, tu ayat pembakar semangat che'ta untuk merubah hidup dan saya pun setuju. Doa pun sedekah juga. Malahan sedekah ada macam2 cara. Orang yang tahu KEHEBATAN SEDEKAH akan lebih banyak bersedekah.


pic kredit : IG negeriakhirat

Saya sangat tertarik dengan satu tulisan "sedekah saat susah itu luar biasa". Kita tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah sebaliknya kalau nak kaya kenalah bersedekah.
Semua tahu KEHEBATAN SEDEKAH. Harap kita sama2 berlumba merebut ganjaran hebat sedekah tu. Sama- sama kumpul saham akhirat. Tak semesti sedekah dengan duit kan?

#copas
Rasulullah berkata dengan sahabat,  yaitu:
“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk menghasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah semampumu).

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.

Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Wallahu a’lam
#tailormade #madamienahijab #qbcreationhijab

Sunday, 29 January 2017

Tudung Express (Pra order/ weekly)

Tudung express by qbcreation diperbuat daripada material terpilih yang sangat selesa untuk si pemakai. Kami pelbagaikan jenis material dan awning supaya pelanggan bebas memilih mengikut keselesaan masing- masing. Jom tengok apa yang ada dalam album ni. Harga dan maklumat ada pada setiap jenis tudung. TQ

SAIZ :
1. Saiz XS : 
sesuai untuk kanak-kanak 2-4 tahun

2. Saiz S : 
sesuai untuk kanak-kanak 5-8 tahun

3. Saiz M : 
sesuai untuk kanak-kanak 9-12 tahun

Untuk membuat tempahan : 

SMS/ WA : 017-3959783 (Ina) 
TEXT : 
Nama # Negeri # Warna # Saiz # Jumlah
* Tempoh siap seminggu atau lebih mengikut jumlah order masuk

FBqbcreation


Tudung Express DENIM BULU KUCING by QBCREATION

Bentuk tudung terletak cantik di bahu dan mempunyai paras labuh yang seimbang depan dan belakang. Kain denim bulu kucing sangat selesa dan mudah di bawa ke mana- mana sebab tak perlu gosok. Corak pada kain ada sedikit benang hitam campuran dengan warna asal kain. Jan 2017 tersedia dengan 4 warna pilihan iaitu purple, brown, green dan red. Awning pula tegap dan berbentuk mengikut jenis muka pelanggan yang rata- rata feedback kepada kami awning ni sangat cantik!

Saiz & Ukuran
===========
Saiz XS
Labuh dari dagu : 13 1/2 inci
Labuh belakang : 20 inci
Tepi bahu : 14 inci
Lebar muka : 9 1/4 inci

Saiz S
Labuh dari dagu : 15 1/2 inci
Labuh belakang : 23 inci
Tepi bahu : 15 inci
Lebar muka : 9 1/2 inci

Saiz M
Labuh dari dagu : 16 1/2 inci
Labuh belakang : 25 inci
Tepi bahu : 16 inci
Lebar muka : 9 3/8 inci

Harga
=====
XS : RM25.00 (exclude postage)
S : RM28.00 (exclude postage)
M : RM30.00 (exclude postage)

Zoom jahitan tepi tudung

Zoom jahitan awning

Monday, 23 January 2017

Denim Bulu Kucing

Pernah dengar tak?
MATERIAL DENIM BULU KUCING
===========================
Lihat gambar. Inilah rupanya material denim bulu kucing. Kawan- kawan boleh nampak jelas corak pada kain kan? ada sedikit benang- benang hitam. Nampak sangat exclusive. Kain lembut tau!! Admin pilih kain ni untuk dijadikan tudung express soft awning. Bila dah jadi tudung memang sangat selesa tambahan kain ni tak mudah renyuk. Admin ada satu tudung ni dan tak pernah gosok pun.

Admin ada zoom kualiti jahitan. Jika anda suka dan berminat nak cuba boleh wasap admin *017-3959783 untuk bincang warna dan ukuran mengikut saiz. Sekarang ni ada 4 warna sahaja  iaitu koko, maroon, hijau dan pepel. 

Terima Kasih.
#qbcreationstore
#qbcreationhijab
#tudungexpress


Tuesday, 17 January 2017

Gabungan warna menarik 2017

Kesilapan saya tahun lepas ialah tak banyak study warna. Tahun ni, inshaallah saya akan perbetulkan dan akan sajikan warna2 yang menarik memandangkan warna kain dari supplier semakin bertambah. Macam- macam ada..Kalau tak bawak list order, rambang mata main sambar je warna- warna yang kita rasa cantik. Bila customer tengok, tak cantik pula. Jadinya, saya perlu banyak belajar dan selami industri saya. Tak boleh ikut citarasa sendiri. Lening, pelanggan lebih pandai memilih.

Gambar2 ni saya dapat dari page genial.guru
Page menarik tapi tak dapat nak translate la pulak..spanish..

#madamienastore #qbcreationstore
#colourmi








Material Untuk Soft Awning


Anda penggemar tudung soft awning?
Meh singgah jap..saya nak kaboor sikit pasal soft awning dari saya. Untuk tahun 2017, saya sediakan 7 jenis material untuk soft awning. Tak kesahlah untuk tudung express atau shawl. Boleh pilih mengikut kesesuaian patern tudung. Boleh bincang- bincang dulu la nanti.

7 MATERIAL - SOFT AWNING
========================
1. Lycra Biasa 
2. Lycra Mosscrepe
3. Lycra Bulu Kucing
4. Lycra Benang Hitam (lebih kurang sama dengan item 3)
5. Lycra Dobby 
6. Lycra Scuba
7. Chiffon Bubble

Mungkin ada yang keliru dan tak tahu nak pilih material apa paling best kan?Dobby dan Scuba paling saya suka. Namun, ada pelanggan yang tetap nak order Bulu Kucing/ Benang Hitam. Masing- masing punya citarasa la kan. Anda sendiri pun boleh cuba dulu. Tak Cuba, Tak Tahu!!

Tambah sedikit mengenai penjagaan soft awning ni, saya lebih galakkan anda basuh guna tangan. Rendam je sekejap. Gosok- gosok lembut dan jemur. Boleh perah tetapi jangan terlalu kuat. Boleh tahan lagi lama dari masuk mesin.

Jadi, tak boleh basuh guna mesin ke? Boleh je
Saya pun dah test sendiri basuh mesin. Ok je cuma tak selalu. Sebab saya nak jaga kualiti kain. Biar nampak baru lebih lama. Hati- hati untuk yang ada aksesori macam batu kristal. Kalau tertanggal sebijik pun dah tak cantik.

Itu sahaja untuk malam ni. Semoga bermanfaat!!

#madamienastore #qbcreationstore